Page:Akta Hak Cipta 1987.pdf/65

This page has been validated.
65
Hak Cipta


32. (Dipotong oleh Akta A952).


Tribunal boleh meminta maklumat


33. (1) Tribunal boleh meminta apa-apa maklumat yang difikirkannya perlu bagi maksud menjalankan mana-mana kuasa dan fungsinya di bawah Akta ini dan apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

(2) Mana-mana orang yang enggan mematuhi permintaan sedemikian oleh Tribunal melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.


Tiada tindakan terhadap Tribunal


34. Tiada tindakan atau prosiding undang-undang lain boleh diambil terhadap mana-mana anggota Tribunal bagi apa-apa yang telah dibuat atau tidak dibuat dengan suci hati berkaitan dengan kuasa dan fungsi Tribunal yang dijalankan di bawah Akta ini.


Peraturan-peraturan mengenai Tribunal


35. Menteri boleh membuat peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal dan khususnya dan tanpa menjejas keluasan makna peruntukan yang terdahulu, berkenaan dengan perkara yang berikut:

(a) menetapkan cara dalam mana apa-apa perkara boleh dirujuk kepada Tribunal;
(b) menetapkan tatacara yang hendak dipakai oleh Tribunal dalam mengurus apa-apa perkara yang dirujuk kepadanya di bawah Akta ini dan rekod yang hendak disimpan oleh Tribunal;
(c) menetapkan cara bagaimana Tribunal dipanggil bersidang dan tempat di mana Tribunal mengadakan persidangannya;
(d) menetapkan skala kos dan fi yang kena dibayar berkenaan dengan apa-apa siasatan atau prosiding di hadapan Tribunal; dan