Page:Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.pdf/37

This page has been validated.
37
Universiti dan Kolej Universiti


(2) Sebutan dalam Perlembagaan ini mengenai sesuatu seksyen ialah sebutan mengenai sesuatu seksyen dalam Perlembagaan ini.

BAHAGIAN I

UNIVERSITI


Menubuhkan Universiti sebagai pertubuhan perbadanan


3. Suatu Universiti yang dinamai dan digelar ......................... ditubuhkan mengikut peruntukan Perlembagaan ini, dan mengikut nama dan gelaran itu Canselor, Pro-Canselor, Naib Canselor, Lembaga dan Senat ditubuhkan sebagai suatu pertubuhan perbadanan yang kekal turun-temurun, dan dengan kuasa penuh di bawah nama itu—

(a) untuk membawa guaman dan dibawa guaman dalam semua mahkamah;
(b) untuk mempunyai dan menggunakan suatu meterai perbadanan dan dari semasa ke semasa memecahkan, menukar, mengubah dan membaharui meterai itu sebagaimana yang difikirkannya patut;
(c) bagi maksud Perlembagaan ini, dan tertakluk kepada Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan untuk membeli apa-apa harta sama ada harta alih atau harta tak alih dan mengambil, menerima dan memegang apa-apa harta tersebut yang akan terletak hak padanya oleh sebab pembelian itu, atau menurut apa-apa pertukaran, pemberian, derma, pajakan, pemberian berwasiat atau selainnya;
(d) untuk menjual, menggadaijanjikan, memajakkan, menukar atau selainnya melupuskan mana-mana harta itu; dan
(e) untuk menjalankan dan melaksanakan mengikut peruntukan Perlembagaan ini dan peruntukan Statut, Kaedah-Kaedah dan Peraturan-Peraturan semua kuasa dan kewajipan yang diberikan atau ditanggungkan ke atas Universiti oleh peruntukan itu.


Kuasa Universiti


4. (1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, Universiti hendaklah mempunyai kuasa yang berikut:

(a) menyediakan kursus pengajaran, mengadakan peperiksaan, membuat peruntukan untuk penyelidikan, dan mengambil apa-apa langkah lain yang didapati perlu atau mustahak untuk memajukan dan menyebarkan pengetahuan;
(b) memberikan ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik lain termasuk ijazah, diploma, sijil dan kepujian akademik luar yang lain kepada orang