Page:Anchaman Komunis kapada Persekutuan Tanah Melayu.djvu/6

This page has not been proofread.
TIPU MUSLIHAT KOMUNIS

7. Tujuan jangka panjang Komunis itu tidak pernah berubah, tetapi tipu muslihat dan chara2-nya, baik yang di-pegang mahu pun yang di-pakai-nya. ada- lah berubah2 dan kerap kali teramat lichin. Di- Persekutuan Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya dengan sifat-nya sa-bagai perwakilan tempalan Per- gerakan Komums Dunia ada-lah merupakan ikhtiar yang utama yang boleh di-dapati oleh Komunis2 itu untok menggalakkan faham Komunis di-sini. Perkara ini bukan-nya-lah ikhtiar yang tungal kerana ada juga badan2 luar yang sama bekerja. Semenjak di-adakan Congress yang ke-20 Parti Komunis Soviet Union pada tahun 1956, empat chara yang ada berkaitan ada-lah di-gunakan untok mengembangkan pengaroh Komunis di-negeri2 yang bukan Komunis dan juga di-Perseku- tuan Tanah Melayu:

(a) Mendirikan Alat2 Parti.

8. Suatu perishtiharan yang di-terbitkan dalam Persidangan Komunis di Moscow pada bulan Novem- ber, 1957 telah menegaskan peranan penting Parti2 Komunis kebangsaan dengan berkata "Parti Komunis ada mempunyai tanggong-jawab yang mustahak ter- hadap kapada untong nasib peratoran socialis* dunia dan pergerakan Komunis antara bangsa."

9. Sa-bagaimana 'di-dalam semua Parti Komunis yang tulin, diri persa-orangan ahli2 Parli Komunls Malaya ada-lah terikal satu sama lain pada fahaman- nya dengan jalan menerima ajaran2 theori faham Marx- Lenin dan kewajipan menyebarkan theori2 sa-umpama itu. Perishtiharan Moscow pada bulan November, 1957, itu berkata: “ . . . .pelajaran pegawai2 Parti2 dan ra‘ayat sakalian mengikut faham Marx-Lenin ia-lah suatu tugas yang mustahak bagi Parti2 Komunis." Parti Komunis adalah‘ berdasarkan kapada susunan dan tatatertib Parti Komunis Soviet Union; maka sa- panjang yang mengenai diri persa-orangan ahli2,ini ber- ma‘ana ia telah menerima penoh bukan sahaja ajaran Komunis bahkan juga tatatertib Parti yang keras, dan ____________________________________________________

*Komunis2 menggunakan perkataan “faham sosialis" itu dalam erti kata yang Istimewa untuk manggambarkan chara susunan Kerajaan yang ada di-negeri2 Komunis. Tafsiran Komunjs itu, jangan-lah di-kelirukan dengan erti perkataan itu dari segi demokrasi.