sahut bayan bahawa akan pekerjaan engkau buat khianat akan suamimu itu dukamu membunuh bayan itu dengan tiada berdosanya maka hendaklah engkau taubat persucikan dirimu dahulu maka kata isteri saudagar itu ya tuanku sebagaimana taubat hambamu maka syahut bayan hendaklah engkau cukur rambutmu dan bulu keningmu dan palit arang dengan kapur di mukamu itu syerta engkau mandi berlimau setelah sudah maka marilah aku ajarkan taubatnya maka telah didengar oleh isteri saudagar demikian itu kata bayan maka keluarlah ia telah syudah dicukur diambilnya arang dipalitnya pada mukanya seperti kata masyaikh itu setelah sudah maka ia pun pergilah ke kubur masyaikh maka kata bayan dari balik nisan itu sudahkah engkau kerjakan seperti kataku itu maka kata perempuan itu syeraya menyembah katanya sudahlah tuanku hamba juga kerjakan seperti sabda tuanku itu hamba pohonkan safa'atlah menolongkan hambamu bahawa taubatlah hambamu daripada kerja khianat lagi akan suami hambamu itu maka bayan itu pun terbanglah ke atas kubur masyaikh itu menunjukkan dirinya pada isteri saudagar itu katanya hai perempuan bid'ah lagi aniaya tiadakah engkau kenal aku yang berkata-kata itu adakah patut yang sudah mati berkata-kata sungguhlah ia awliayaullah tetapi di mana entah dapat ia berkata-kata lupakan engkau mencabut buluku tiada dengan dosaku inilah balasnya akan pekerjaanmu akan aku maka kata perempuan itu hai bayan yang budiman lagi bijaksana sungguh salahlah aku aniaya dibalaskan Allah Ta'ala
Page:Hikayat Bayan Budiman.djvu/10
This page has not been proofread.