pergi pada kekasih hamba itu dan penyuruhnya pun datang sebagai juga maka sahut bayan hai siti yang sempurna budi bicara sertakan belahlah hati hamba oleh kerana men[d]engar kata tuan yang amat merdu itu gementarlah rasuk tulang urat hamba pada fikir hamba keluar sudah tuan bertemu dengan kekasih tuan pada malam tadi jika demikian baiklah segera tuan pergi sangatlah dosanya hati hamba sebab belum tuan bertemu dengan kekasih tuan itu tiadakah tuan dengar hikayat ta'if tatkala ia menunjukkan kebaktiannya akan raja tabustan dan kasihnya akan hamba pun demikianlah hendak buat kebaktian akan tuan karena kasih akan tuan maka kata isteri khoja maimun berapa peri hikayatnya itu maka kata bayan pergilah tuan dahulu bertemu dengan kekasih tuan itu jangan seolah-olah hamba melalaikan tuan dengan hikayat pula maka kata isteri khoja maimun ceterakan juga dahulu kudengar supaya suka hatiku maka diperlalaikan oleh bayan sampai jauh malam disuruhnya pergi dahulu maka kata isteri khoja maimun jika belum aku men[d]engarkan hikayatmu itu tiada lagi aku pergi pada kekasihku itu alkisah hikayat cetera yang ketiga kata bayan adalah raja tabustan berjamu segala menteri hulubalangnya makan minum maka datanglah seorang dagang dengan anak isterinya mengadap raja maka titah raja siapa engkau ini dan apa namamu dari mana datang engkau ini maka sembah ta'if ampun tuanku adapun akan patik ini datang dari benua iraq sahaja patik
Page:Hikayat Bayan Budiman.djvu/13
This page has not been proofread.